Tuesday, March 14, 2017

TIBA TIBA KU RASA TERINGIN..

Assalamualaikum
semalam lepas zohor..
tetiba teringin
sebab rasanya nampak
 sepintas lalu di iklan rancangan tv
terus buka almari didapur ada tepung pulut
ada juga pes pandan
inti memang dah sedia ada dalam peti ais
makanya jadi la kuih puteri mandi ni
inti memang biasa
acik letak sikit je
untuk kurangkan manis
inti kan manis.
terkejut hero bongsu acik
ingat tadi mak baring2 je
tiba2 dah ada kuih katanya.
rezeki la ni dik..jom kita makan.
oklah jumpa lagi in shaa Allah

Wednesday, March 8, 2017

SEMANIS GULA

Assalamualaikum
dah hampir seminggu kedai kedai runcit 
di tempat 
acik tak menjual gula
semalam acik pergi kedai..
tengok banyak je gula
acik beli la 2kg
lepas tu naik kereta
bagi tau en.suami..ada je gula 
dia tanya berapa harga satu kg
acik kata rm2.95
en.suami jawab..memang la ada
dah naik harga.
ha ha..tak jadi bangga dapat beli gula
tu la dia kalau selama ni 
memang harapkan
en.suami je beli barang basah dan kering
sampai acik tak tau harga
 barang barang basah dan kering 
dan harga gula dah naik pun tak tau.
dan sebelum harga naik gula tu dah disimpan dulu
dah naik harga boleh pulak melambak gula dalam kedai
sebelum tu 1 kg pun tak jumpa.
ok la jumpa lagi.in shaa Allah

Tuesday, February 28, 2017

SEMOGA BERJAYA

Assalamualaikum
Alhamdulillah  hero dah tamat Diploma
dah boleh mohon UPU untuk sambung Ijazah
acik cuma mampu tolong dengan doa..semoga
permohonan dia ke University yang
dipilihnya nanti berjaya

Tuesday, February 21, 2017

BERTEMU KEMBALI

Assalamualaikum
cerita sabtu lepas.blogger  happyirfa
mesti ada yang masih ingatkan
walaupun dia dah jarang2 menulis
macam acik jugak la
irfa bersama anak anak
datang kerumah.
ingatkan boleh la acik hilangkan rasa rindu
tapi bertambah pulak kerinduan
bila dah berjumpa
acik memang dah lama mengenali irfa
dari irfa anak dara sampai la
irfa dah ada anak dara.
 bersama sibongsu irfa sehingga kini
yang akan datang tak tau
he he..jangan marah irfa
 anak anak irfa 3 heroin sorang hero
bersama Aisya yang comel
semoga berkesempatan berjumpa lagi.
dengan irfa dan anak2.