Assalamualaikum
baca blog kak pah dengan tajuk 'tak puas hati'. acik tertarik dengan kisah cucu nenda yang tak puas hati.
menggamit memori lagi
masa acik melahirkan anak kedua
anak pertama baru berumur 3 tahun
memang macam macam ragam dia buat
dari acik mengandung..sampai la dah ada adiknya
acik pulak kalau mengandung
keluar masuk hospital
dah selamat bersalin pun keluar masuk hospital lagi
anak kedua memang banyak cabaranya
cuma Allah masih mengizinkan acik untuk bersama membesarkan hero2 acik tu.
kisah si abang ni..kesian pun ada ngan dia
ada masanya ayah yang penyabar pun hilang kesabaranya
betul2 buat perangai dia masa tu.
bayangkan kalau nak buang air..dia bukan pi bilik air
boleh dia lari keruang tamu..naik atas kusyen..dan buang air disitu.
kalau nak buang air besar..dia lari pulak dalam bilik..
menyorok balik pintu..
kalau letak adik atas katil baby tu..dia panjat..siap duduk atas perut adik
ada sekali..masa ayahnya tolong pakaikan acik bengkung..
tiba2 terdengar rengekan si adik..sekali keluar dari bilik..
tengok2 dah jauh adik yang berbedung tu di golekkan nya..macam golek kan tong tu..
aduhai..semput nafas ayahnya..he he..bila diingatkan balik memang lucu..
tu belum lagi..tiba2 tengok muka adik yang dah penuh dengan bedak..
masuk mata..mulut dan hidung..alahai abang..
masa tu..bila tengok ayahnya cubit sebab dah
tak tahan geram..sedih acik..keluar la air mata.
Arwah bapak acik pernah minta
bawak balik kampung untuk dijaga, sementara
acik habis pantang..tapi acik tak sanggup
nak lepas kan pulak,
masa dalam pantang ketiga2 hero...
acik memang tak balik kampung
en.suami yang jaga sendiri,
Masa tu mungkin silap acik jugak,
masa mengandung alahan yang teruk dan keluar masuk hospital acik tak dapat nak melayan abang
mungkin itu punca nya dia buat perangai.
dah bersalin pun selama 10 hari selepas bersalin
acik demam,lansung tak boleh bangun,
rupanya ada cebisan uri yang tertinggal
sampai acik tumpah darah,bawak kehospital
dok wad lagi hampir 10 hari
sebab tu la kurang dapat memberi tumpuan
pada siabang,asik dok hospital je.
apa lagi..tunjuk perasaan la dia kan.
memang banyak kenangan abang masa kecil
dia jenis lasak dalam diam.
pernah pengasuh bagi tau
kalau abang diam...cepat2 cari..mesti ada kerja yang dia buat..katanya.
oklah..dah panjang pulak,
jumpa lagi Insyaallah.