Assalamualaikum
walaupun ramai yang kata biasa berlaku bila
tinggal diasrama
tapi acik tulis jugak disini
Biasanya setiap hari jumaat petang acik hantar
makanan untuk stok seminggu..
hari sabtu tengahari..hero bungsu acik telefon bagi tau
locker kena pecah dan makanan yang acik hantar
dah habis kena curi.
Pagi sabtu semua murid tingktan 4 ada seminar
tu yang dorm tinggal kosong.
acik pesan suruh jumpa warden
kemudian hero telefon lagi..dia kata warden kata salah budak2 ni sebab tak kunci dorm
mak ai..dah kunci locker nak kena kunci dorm pulak..
bukan sorang, ke dua..14 orang satu dorm
memang la orang boleh cakap..makanan je kan.
tapi bagi acik..sikap.tu perlu diatasi..
tak kan nak biar kan budak2 sekolah mencuri.
acik minta dia pergi mengadu ngan ketua warden..
pagi tadi ketua warden dah kumpulkan semua budak2..katanya ..cik gu buat perhimpunan ..
memang cik gu marah sungguh2 katanya
kalau tak nak mengaku masa tu
esok cik gu tu minta datang ke bilik dia
untuk mengaku sendiri dan mintak maaf.
sekarang ni acik pulak rasa risau..acik harap hero acik dan kawan2nya dilindungi yang maha esa.
takut jugak..budak2 yang mencuri tu balas dendam dengan hero acik dan kawan2nya
kawan dia hilang duit..dan makanan.hero acik..duit tak tinggal dalam locker..cuma makanan aje yang hilang.
oklah..panjang bebel acik
sebab kerisauan la ni.
jumpa lagi,Insyaallah