Pages

Sunday, September 29, 2013

ORANG MUDA SELERA TUA

Assalamualaikum
lama rasanya tak menulis
walaupun tak ada apa
tapi masih suka juga nak menulis disini
minggu ni..rasa kurang bertenaga
Tapi..bila hero bongsu balik
pandai pulak hari sabtu tu
nak mintak mak masakkan
ayam masak lomak cili api+betik 
aduhai anak omak ni
selera memang la selera orang tua
dah itu yang mak masak ..
itulah yang dia teringat nak makan
memang betul2 menikmati masak lomak betik ni 
bujang bongsu acik tu
acik pulak dah tsk sabar2 nak masak 
kacang panjang+ikan masin+soon hasil dari
skodeng blog Queenie.
dah masak kan bujang ni punya permintaan
acik buat pulak masakan ikut permintaan tekak acik
ha..ni la dia
Haa..amacam Q...tempe tak dok
lagi pun kan acik dah kata
nak letak 3 genggam soon..walaupun
Q kata letak segenggam.
sebab acik suka soon..sedap Q..terima kasih.
oklah..Jumpa lagi,In syaa Allah


Monday, September 23, 2013

BARU PUAS HATI

Assalamualaikum

sambung kisah inti semalam he he
inti dah selamat dibuat kuih koci bersantan
dan macam biasa lepat(timpan)pisang
berinti guna tepung pulut tu
gambar tak de ye..
dah selalu sangat lepat tu masuk kat sini
kemudian teringin pulak nak makan
abuk abuk tepung pulut
sebabnya masa acik pi Tanjung Karang tu
acik ada beli..tapi tak berapa
nak puas hati sebab guna gula merah
acik buat sikit guna satu cawan tepung pulut +
1 suku cawan kelapa parut(muda) je
dapat pun lebih kurang 10 biji
acik sorang je makan 8 he he
haaa..baru puas hati
anak2 dan suami kan dah ada kuih koci dan lepat
ni la dia kuih yang acik suka
acik jumpa kuih ni di Tanjung karang je
tak pernah jumpa di tempat lain.
ok lah jumpa lagi,In Syaa Allah

Sunday, September 22, 2013

MASAK ...FB..,

Assalamualaikum
semalam masak inti
lepas tu masa masak..
teringin pulak nak ambil gambar
dan upload kat FB
sambil tu ..kedepan sekejap
rupanya hero kedua sedang online
tiba tiba acik dengar suara dia
eh..bila pulak inti mak ada kat sini
ha ha..tu la..
lain kali jangan mandai2..
kalau nak masak tu masak je
malu lak rasanya
mak sambil masak pun boleh ber FB
oklah..nak jadikan kuih jap inti semalam
jumpa lagi,In Syaa Allah

Thursday, September 19, 2013

JARUM BESOOO????

Assalamualaikum

selesai dah..
tadi kebetulan kawan yang jaga..
nampak je muka acik
haaa..nak ambik darah ye
siap..kak Ju guna jarum besar nanti katanya..he he
sekali masuk kena kat orang lain
pandai lari ye..
takut jarum besar la tu..usik kak Ju
macam tu la..kalau jumpa kawan2 sekolah
mesti dia orang semua ingat lagi
acik ni penakut
dah tua2 ni takut apa kan
he he..pandai tulis je ni
dulu masa kecik
mana la mak acik pernah bawak pi 
klinik untuk cucuk2 ni semua
bila masuk sekolah
kan ada van kesihatan datang sekolah
masa tu la nak kena injek bagai tu
dah acik penakut ngan jarum
sampai sekolah menengah pun
kalau diarahkan pergi 
ke kantin tu..acik mesti melencong
masuk tandas
dah agak agak selesai 
orang tu dah balik baru acik keluar dari tandas
masuk kekelas..Selamaat he he

oklah jumpa lagi,In Syaa Allah

Monday, September 16, 2013

JALAN JALAN CARI MAKAN

Assalamualaikum
Masa balik bercuti hari Jumaat tu
hero bongsu acik macam stress sangat
peperiksaan percubaan 
banyak yang susah mak,..katanya

 sebab tu semalam acik ke Tanjung karang 
bawak dia jalan jalan
sebelum sampai ke Tanjung Karang
melencong ke sini dulu
betul2 sampai jam 12 tengahari
acik je satu kereta
tapi..lepas tu..sejejap je dah penuh
ramai yang datang makan tengahari disini.
 Sambil menunggu..hero acik nak tengok pantai
yang tak boleh nak mandi kataya


Alhamdulillah..selesai makan disini
baru kami meneruskan perjalanan
ingatkan tak mau kawan/jiran lama di sana tau
tapi nak buat camana kan masa singgah diPetronas nak solat zohor
ada je yang memanggil he he
bagi la alasan sebab tak dapat nak kerumah kawan tu.
dalam perjalanan balik
tak sah kalau tak singgah membeli
nasi yang disukai oleh hero sulong ni
nasi ambeng
puas hati dia dapat makan ni
boleh habis makan sorang he he
kalau acik boleh kongsi 3 orang satu bungkus ni
ok lah..selamat bercuti semua
jumpa lagi,In syaa Allah.

Friday, September 13, 2013

MATI TERSEPIT

Assalamualaikum
Kenapa la suka main celah pintu
Kan dah mati.
Menyusahkan hidung orang je.
Dirumah pun bau busuk
Anak acik cari cari
Mana datangnya bau busuk.sekali tengok
Ha ambik ko..2 ekor sekali mati
Tu la cicak..cari la tempat lain kot nak
main kejar kejar pun
Di opis pun dah 2 hari bau busuk
Tau dah..memang bangkai dia la yang busuk tu

Ok la..jumpa lagi
Dah lega hidung dah dah buang
Tapi dah tentu bukan acik yang buang he he

Thursday, September 12, 2013

NASI LOMAK..SAMBAL TELUR..

Assalamualaikum

Tiba tiba pulak teringin nak makan nasi lemak
santan ada... terus masak
tapi mana nak sempat buat sambal bagaikan
buat je sambal telur
goreng ikan bilis dan kacang
jadi la..Alhamdulillah.
sebenarnya acik dah lama tak makan 
nasi lemak beli.
acik sorang je dirumah tu yang tak makan
anak anak dan suami makan.
bukan  nak kata tak sedap..
tapi masa acik dok kuaters KLIA dulu
jiran acik buat nasi lemak untuk jualan
bukan sorang..ada 3 orang
setiap hari acik bau nasi lemak dan sambal.
lama lama acik tak lalu nak makan.
masa acik masak banyak2 untuk 
hero bongsu hari tu
tak lak teringin nak makan.
oklah..panjang pulak.jom makan
nasi lemak

Tuesday, September 10, 2013

KALI KEDUA...

Assalamualaikum


Hari Ahad 8/9/2013 acik ada jemputan 
kenduri kawen di Lavender Height..
tuan rumah blogger al lavendari lebih dikenali
dengan panggilan pak ngah
Terima kasih pada pak ngah yang menjemput,
kali kedua acik menghadiri kenduri kawen 
dirumah pak ngah
kali pertama perkahwenan 
anak perempuan pak ngah pada jun 2011
gambar pada jun 2011
masa ni acik datang awal..
ada la gambar dengan bapa pengantin
kali ni tak sempat pun nak bergambar
bapa pengantin teramat sibuk he he
ni gambar dari blog ibuintan..terima kasih ibuintan.
kenduri kawen dirumah pak ngah ni
yang pasti..makanan..lauk2 nya semua sedap2
memang kena sangat dengan tekak
negori acik ni.
oklah jumpa lagi,In syaa allah


Monday, September 9, 2013

KENANGAN MENGUSIK SELERA

Assalamualaikum

bila dah musim kenduri ni
acik mula rindukan masakan yang dihidangkan
masa kenduri masa dok Tanjung karang dulu
dulu masa dok sana..kalau ada jemputan
rasa seronok..acik pi ngan kawan2.
naik basikal je
en.abang pergi naik motor 
ngan kawan2 dia 
menu yang acik paling suka..
ikan keli masak cekor
ada pulak goreng ikan bilis ngan cili api
sambal goreng tempe..serunding
tapi kan sedap betul makan
sekarang ni kalau ada jemputan di Tanjung Karang
acik pun dah tak jumpa dah menu tu
dah sama macam disini
masak daging dan ayam
dulu bukan tak ada..tapi masih ada ikan bilis goreng 
yang sedap tu.
oklah jumpa lagi,In syaa allah

Friday, September 6, 2013

TERUNG DAN TEMPE

Assalamualaikum
bila ke blog pakar masak Q
 ada letak resepi masak terung kan
bagi penggemar terung ni memang tergoda
semalam masak jugak terung goreng
berlada..sedapnya ..
 dibawah ni lagi satu
18 tahun acik dok Tanjung Karang
lansung tak teringin nak makan tempe
baru2 ni en suami  beli tempe goreng
acik cuba makan..sedap la pulak
tepung rangupnya yang tebal
tempe nya nipis je
tu yang buat sedap tu

 ok la jumpa lagi,In syaa Allah

Thursday, September 5, 2013

AMBOIII..TAK SAYANG MULUT NAMPAK

Assalamualaikum


isu duaposen..acik tak pernah lagi
nak tulis kat blog..bising bising pun tak
nak buat camana kan
kita yang dibawah ni memang tak mampu nak buat apa2
kena terima dan hadapi setakat termampu.
pandai2 sendiri la berjimat.

Tapi geram juga..bila ada sorang diopis ni
beria ia marah..ala 20 sen je nak bising
tak tau bersyukur..apa nak marah2 katanya
kalau harga minyak naik..harga barang naik
tak cukup..pergi lah berniaga
lepas tu macam macam lagi..
dia bebel..berapi2 marah..
yang peliknya..bukan orang kat opis ni
yang bising2 dia baca kat FB dia je
amboi2 mak cik..sedapnya mulut ngko bercakap

ngko lainla..makan ikan sekor pun pun ko boleh
jimat tengahari makan sebelah..
malam makan sebelah lagi
duit gaji ..ko makan sorang..beli2 makanan tak pernah
makan luar kalau ada orang nak belanja
duit sendiri tak pernah keluar.

ish..tak pasal pasal pulak acik bebel
tak mau lah..
cuma bagi acik..20 sen tu besar maknanya
kalau  tak de 20 sen nak sebut seringgit pun tak boleh

oklah..jumpa lagi,In syaa Allah

Wednesday, September 4, 2013

TERIMA KASIH

Assalamualaikum



Terima kasih NEKCIK dan ANIES

Tuesday, September 3, 2013

BAIK PUNYA ALASAN....

Assalamualaikum

En.suami acik kata
memandu bila dah tua ni susah
bila memandu perlahan
orang akan cakap..
ish dah tua..patut la perlahan
kalau laju pulak
orang akan cakap
ish..tak sedar diri 
dah tua tua pun bawak laju

keee..alasan dia je
rasanya dah 31 tahun acik kawen 
tak pernah pun dia bawak laju

oklah jumpa lagi
In syaa Allah

Monday, September 2, 2013

LEGAAAA....

Assalamualaikum
terima kasih pada semua yang
 meninggalkan komen di N3 yang lepas
acik mengaku..acik memang cepat gelabah
belum sempat berfikir lagi
dah risau dulu.
panik habis
kalau boleh nak puaskan hati anak2 semua.
macam biasa hari Jumaat petang pi jumpa hero bongsu
bagi tau dia..kalau boleh kita pi beli
barang dia hari sabtu
hari Ahad mak nak masak
kawan kawan abang nak datang
dia kata nanti kalau boleh keluar Aimi telefon
lega acik..dalam kol 11 dah boleh bawak dia keluar
selesai urusan dia dah hantar balik keasrama
sementara acik uruskan hero bongsu
bang ngah dengan adik.abang acik 
serta sepupunya buat lemang.
balik dah jam satu..acik terus masak untuk
bagi makan abang acik yang 
bantu buat lemang dah selesai semua
lemang pun dah masak
malamnya barulah acik masak rendang,
kuah kacang rebus ketupat segera,
buat puding jagung dan agar2 laici.
paginya acik buat sup ayam,nasi ayam 
dan..masak laksa lemak
sebelum zohor dah siap semua
lepas zohor dah siap hidangkan atas meja
acik pergi lagi keasrama hero bongsu
bawak makanan untuk dia makan pulak

tu dia..menikmati laksa lemak, 
selepas makan nasi ayam
ni la gambar yang acik ambik
menu yang dah siap letak atas meja
ni ayam goreng untuk dimakan dengan nasi ayam
acik curahkan sos dan sambal kicap tu
pepandai je..nak senang.
rupanya..sedap anak acik kata la..bukan acik he he
acik tak rasa pun.
terima kasih sekali lagi pada semua
Alhamdulillah dah selesai semuanya.LEEGAAAA
jumpa lagi,In syaa Allah