Tuesday, April 10, 2018

KISAH NYA

Baru baru ni hero bongsu acik cuti midsem seminggu.dia bagi tau balik hari khamis.tiket dah ambik.nak jadi ceritanya.hari yang dia nak balik..nak pergi ke larkin..jalan jem.dalam grab dia mesej...jalan jem mak..tak tau sempat ke tidak..katanya.
Rupanya memang tak sempat.sampai bas dah jalan.dia tak mau balik ke asrama.telefon kawan di batu pahat mintak tengokkan tiket untuk ke Seremban..dan dia terus ambik bas ke Batu Pahat.lagi sekali dia telefon..tak sempat mak..katanya..bas baru sampai Parit Raja.bas lambat pulak katanya.adui risaunya hati mak tak terkata.tapi dah orang bujang kan..mak jangan risau katanya..dia tumpang tidur di.bilik kawan..pagi esok balik katanya.adui..tak senang hati acik..Alhamdulillah esoknya dia selamat sampai.
Dan dah pun selamat balik ke U..dan dah siap pun program dia bersama kanak2 Tadika.
Alhamdulillah

Friday, March 16, 2018

ULANGTAHUN KELAHIRAN

Assalamualaikum
Hari ni 16.3.18 hari ulang tahun kelahiran hero bongsu acik
Sedih juga ni .maknya tak berapa sihat nak pergi ke JB sana untuk meraikannya.
Tunggu la dia balik cuti midsem nanti.
Selamat hari ulangtahun kelahiran adik.
Semoga panjang umur...murah rezeki...diberi kesihatan yang baik..dipermudahkan urusan menuntut ilmu sentiasa dalam rahmat Allah..cemerlang dunia akhirat dan jadi anak yang solleh.doa2 mak sentiasa mengiringi adik.

Tuesday, March 13, 2018

ALAHAI ANAK

Pagi lagi dah dapat wasap dari hero bongsu tunjuk gambar.maaakkk dah tak boleh guna katanya.
Kenapaaa..biasa la mak punya pertanyaan.
Jatuh katanya.tak dapat la mak nak tolong dik.jauh.cari balik conetnya tu cuba la sampai minyak wangi tu mau keluar ye dik.sayang dik oiii.

Friday, February 23, 2018

SARAPAN

Assalamualaikum

Gambar sarapan hero bongsu acik.rindu dah dengan budak sorang ni.
Semoga anak2 acik sihat2 saja di tempat mencari ilmu.
Dua2 di Johor.adik di JB.bangah di Keluang.