Assalamualaikum
Alhamdulillah keputusan dah pun dapat
walaupun tidak semua A,
acik tetap bersyukur.
Syukur Alhamdulillah..
sedih jugak bila dia peluk mintak maaf
acik sabarkan dia..bersyukur la
dengan keputusan yang dapat.
Cemerlang tertinggi dan kepujian tertinggi
tu dah cukup baik bagi acik.
Acik tidak terkilan..sedih atau marahkan dia.
Acik mengucapkan syukur pada Illahi.
Kalau yang selalu baca blog acik ni mesti tau
bagaimana kerapnya hero acik ni demam
semput..tak boleh bernafas sejak duduk asrama.
minggu pertama periksa pun demam
berkejar keklinik..lepas tu tiap petang
acik pergi keasrama
bawak madu la..telur ayam kampung la
siap dengan hati unta la kan
selain ubat hospital
janji dia boleh bertahan untuk periksa.
tapikan..sejak tunggu keputusan 3 bulan dirumah..Alhamdulillah
selsema pun tak kena.. sihat wal'afiat.
Acik nak kongsi pengalaman acik
ikut sejarah hero bongsu ni
dari tahun satu..hingga PMR..susah nak tengok
dia tak lulus ada c atau pun d
dikertas ujian nya.
lepas UPSR dapat 5A..dapat asrama
menangis nak balik..acik bawak balik..
tapi lepas PMR..acik cuba bertahan
tapi bila tengok keputusan nya teruk..
bincang semula dengan en.suami
tapi tak boleh nak buat apa ..
sebab dia memilih ke Sekolah Menengah Teknik
memang tak boleh nak bawak balik dok rumah
jauh jugak nak hantar..
masa tingkatan 4..satu xtvt pun dia tak mau masuk
kata dia semua xtvt banyak hari Sabtu dan Ahad
dia nak balik rumah.
bila dah tingkatan 5..baru dia nak aktif..
sebab koko akan kosong tak de markah
tu la dia mula sibukan diri..terima jadi pengawas
la dan macam2 xtvt lagi.
periksa bulan 5.
memang keputusan dia merudum.
dan bila keputusan SPM sebenar ni..
walaupun dia belajar last minit
acik memang bersyukur sangat dengan keputusan dia.
Akhir celoteh acik ni..
sebenarnya acik nak bagi tau
kalau anak kita tak mau dok asrama..
tak payah paksa
memang dia tak boleh nak tumpukan
pada pelajaran asek rindu rumah.
itu anak acik la..bukan salah anak acik tu manja..
tapi salah acik sebab memanjakan dia
kalau acik tak manjakan dia..
dah tentu dia tak berani nak manjakan
ok..tu je yang acik nak kongsikan
Tahniah buat adik..Berjaya dalam peperiksaan SPM..teruskan usaha
perjalanan masih panjang.