Pages

Thursday, June 2, 2016

"CAKAP SIANG PANDANG PANDANG...."

Assalamualaikum
hero kedua acik ni sedang bercuti.
tak juga cuti sepenuhnya sebab dia kena
praktikal 2 minggu.
semalam hari kedua dia praktikal 
balik ..dia cerita
tadi kan mak
bangah malas nak pi cari kedai makan
dekat situ ada kfc
bangah pegi la situ
masa beratur tu
ada orang tu
kemain lagi mulut dia
nak ngata tak agak2
dan tak pandang2 katanya
sedap je mulutnya ngata..
tengok la tu budak2 pelatih
mentang2 la dapat elaun 800 lebih sebulan
makan kfc..telefon pun 
telefon mahal..katanya
dia nampak telefon bangah agaknya
telefon ni kan telefon mak.
ye la tu betul la.
hero acik guna telefon acik 
yang dah 2 tahun en.suami acik belikan
telefon dia kejap hidup kejap mati
dah nazak.
acik memang sayang guna telefon ni..
siap siap pakaikan baju
takut calar ke apa ke
tu yang sentiasa nampak baru.
dulu kan acik pernah cerita telefon hilang di opis
lama dah tu kan..
tu la en.suami belikan lain buat ganti.
baru2 ni masuk worksyop
dah ok..hero pun telefon nya meragam
bagi dia guna..mak pun dah pencen kan.
hero kedua acik ni paling jimat budaknya
pandai jimat duit.
dapat elaun tu tak perlu dah acik tambah
dia tak mau..suruh bagi adik je
tapi kalau sesekali balik tu
acik bagi juga sikit tak sampai hati kan.
apa acik rasa bila dengar dia cerita tu
hati mak kan..terguris juga
bila orang sedap2 je ngata
 tak tau cerita sebenar.
tak pe bangah..sabar je
oklah jumpa lagi in shaa Allah


Monday, May 30, 2016

.BILA NAK KEMAS?KOTAK DAH SEDIA

Assalamualaikum
acik bukan nak tunjuk kotak goshop tu
tapi nak tunjuk kotak kosong
dah sedia untuk hero bongsu
kemas barang.
acik nak kena ambik separuh
 dulu barang barang dia bawak balik
ahkir bulan jun rumah sewa nak kena kosongkan
hero bongsu dapat buat LI
di Seremban juga..dok rumah la kan
seronok la dia
eh..siapa yang seronok acik pun tak tau he he
acik dah siap bekalkan kotak 
suruh kemas sikit2
dia boleh tinggal kan diluar rumah
esoknya balik kelas
kotak pun lesap
bertuah betul budak tu
tak simpan kotak dalam rumah.
barang kemain banyak bujang acik ni
kalau sekali acik pi hangkut
memang tak muat kereta
bila ditegur menjawab pulak tu
"entah la ikut sape ye barang banyak"
 katanya ish3
oklah jumpa lagi in shaa Allah

Thursday, May 26, 2016

"SAMA SAMA KEMBANG"

Assalamualaikum
masa nak pi hantar 
hero bongsu balik bulan lepas
en.suami ajak singgah kenduri
 rumah kawan dia di Melaka
tak sempat makan pun
cuma sempat makan hidangan minum pagi
masa tengok tengok gambar ni kan
acik terfikir
apa nak jadi la kami tiga beranak ni
sama naik sama kembang.
redho je la kan

Wednesday, May 25, 2016

KETINGALAN BERZAMAN ZAMAN

Assalamualaikum
akhirnya berjaya juga acik
pindahkan gambar ke laptop
tapi yang musykil tu
mana pulak datangnya
gambar kartun jelir lidah tu
adui..masih tak betul lagi la ni
maaf ye..bukan sengaja..
acik pun tak tau tiba2 ada..
nak "crop"memang tak pandai la acik
yang tu memang belum belajar lagi.
acik nak cerita pasal tudung sebenarnya
sekarang ni ada macam2 jenis tudung kan
cantik2 acik tengok
tapi acik memang tak pandai nak guna,
tudung acik tetap la yang sejenis tu
tudung 4 segi dijahit.
kalau pasal tudung memang acik
 ketinggalan berzaman zaman.
tak pe la kan..dah tua pun..

janji tutup  aurat
tak pe la tak ikut
pesen pun.

Monday, May 23, 2016

"BEREBUT SENDUK PERIUK"

Assalamualaikum
cerita pasangan pencen lagi
sejak dah pencen ni kan
suami acik suka sangat merebut
 senduk periuk belanga acik tau
suka sangat dia memasak..
asal balik dari main/eksesais pagi2 tu
terus kepasar..bila kita mandi dulu..
kadang santai2 dulu 
nak kejar apa kan..sekali kedapur
dah siap masak dia..ish2 
nasib la ada jugak yang 
suami tak tau masak..kot tak
memang habislah.
skill memasak acik 
dah kena rampas kuasa.
bukan merungut,saja bercerita ha ha

Tuesday, May 17, 2016

"PERCUBAAN GAGAL"

Assalamualaikum
orang kampung acik kata
"poning kepalo den"
he he..dah berapa hari nak tranfer
gambar dari telefon ke laptop
tak lepas
 hero bongsu acik pandai bebel 
Aimi kan dah ajar mak.
selalunya la..
bukan acik pandang pun masa dia ajar he he
telefon acik hantar worksyop
ambik gambar xtvt sabtu ahad
pi kenduri guna telefon lain.
puas dah acik godek
tah kemana pi gambar dia.nak tunggu jumpa
 dia jugak la baru selesai masaalah acik ni
nasib baik ada gambar
pengat pisang acik ni kan..
ada juga la gambar
sedap pengat pisang raja ni
jangan belah
bulat2 je..sebiji pisang tu
potong dua je.
pengat pengat ni kan kegemaran
selera tua macam acik ni je kan
ok la nak cuba..kot2 berjaya
kalau tak kena sabar je la acik
jumpa lagi in shaa Allah

Wednesday, May 11, 2016

RINDU RINDU RINDU

Assalamualaikum
Rindu lak ngan bujang sorang ni
sekarang ni sibuk belajar
nak final bulan depan
tak mau kacau
sesekali je w/apps maknya ni
kot tak setiap hari
dah makin sibuk katanya
tak pe dik mak tak kacau
belajar la
Awal bulan depan masa adik
"study week" mak datang ye
mak doakan yang terbaik untuk
anak anak mak.
ok lah jumpa lagi
In syaa Allah

Monday, May 9, 2016

MANA SATU "PASTA BOW TIES? KE RIBBON PASTA"

Assalamualaikum
semalam cik abang bawak
 balik benda alah ni
acik cuba makan..
sedap juga
tapi tak tau nama
pertama kali tengok
letak gambar di fb
baru la tau nama..
sejenis pasta juga rupanya
memang ketinggalan la mak cik ni
itu pun tak tau kan he he
rasa macam nak pi kedai 
cari bahan 
nak buat sendiri
tunggu anak2 balik cuti nanti.
ok jumpa lagi,in shaa Allah

Wednesday, May 4, 2016

"NASI LEMAK CHICKEN CHOP?"

Assalamualaikum
hero bongsu acik ni rajin juga 
puasa sunat Isnin Khamis
biasa tanya..mak puasa..
mak buka apa..
tu yang tak sanggup nak jawab tu
hari Isnin  acik tak puasa..
kepala kan masih lagi 
belum baik betul
hero puasa
tunjuk la gambar menu berbuka dia
yang acik kesian tu..
buka air masak je mak..
katanya..dah solat maghrib
 baru pi kedai makan.
anak bertuah ni..
mak dah kata..sedia kan buah2an
dirumah..buka ngan buah dulu.
kalau berbuka dikedai nanti lambat maghrib
bila suruh berbuka dirumah dulu
boleh dia berbuka air masak je
lain kali jangan lupa
 sediakan buah ke kuih ke tau dik.
nasi lemak chicken chop katanya.
acik pun tau tau ada nasi lemak chicken chop ni
budak2 ni tau je dia
kalau pasal makan dan AYAM..he he
budak yang tak boleh tinggal ayam.
tak pandai jemu makan ayam.
ok la jumpa lagi,In shaa Allah

Monday, May 2, 2016

"KALAU DAH BUKAN REZEKI"

Assalamualaikum


semalam punya cerita
acik ada jemputan dari kawan serumah 
masa bujang dulu
en.abang kata elok la kita pergi
jadi jam lapan dah gerak dari rumah
nak ke Kuala Selangor
hero kedua yang memandu..
dapat la ayahnya rehat
sebelum ke rumah pengantin..
hero sulong nak beli kerepek
 dan nasi ambang dulu
dah sampai kuala Selangor/Tanjung Karang
 memang itu yang dicari kan.
sampai je di kedai kerepek
acik rasa pening yang amat sangat 
sampai tak boleh nak turun
selepas anak2 beli..terus ke warung ibu
en suami minta acik makan sikit..
tapi memang tak boleh lansung masuk makanan
sampai dah nak pitam rasanya
terus pi cari kelinik kalau ada yang buka
akhirnya ada satu klinik buka
 di bandar baru Kuala Selangor
terus dapat masuk jumpa doktor.
doktor kata tak ada apa.
mungkin sebab "panas"je
dapat ubat terus makan..
sampai tempat kenduri..
ensuami dan anak2 je turun
acik memang tak mampu nak turun
bila anak2 turun..cepat2 acik buka tudung..
curahkan air atas kepala..letak minyak angin
cepat2 pakai tudung semula.
tidak acik sangka ada  yang nampak..
toleh berkali2 mungkin risau kot terjadi apa2 dok dalam kereta yang enjin tidak dimatikan dan ekon pasang.
memang tak de rezeki nak jumpa kawan acik..
anak2 pun tak cerita yang acik ada dalam kereta.
petang ni Alhamdulillah dah berkurangan
teringat dulu masa kerja
ada kawan yang pening kepala
acik tolong lumurkan air limau nipis
dia kata legaa.
tadi pagi acik minta en.suami belikan
dan acik buat perkara yang sama
terasa dinginnya kepala
Alhamdulillah.
ok..jumpa lagi,In shaa Allah

Tuesday, April 26, 2016

"KELOPONG"

Assalamualaikum

kukur dah ada kan
ada ke yang tak tau kukur
rasanya semua tau
jom la kita buat buah melaka
hujan petang ni..Alhamdulillah
semalam pun hujan
hari ni kita makan buah melaka
"kelopong"kata orang kampung acik
abaikan besar besar tu..sekali ngap
masuk mulut sebiji cukup
Alhamdulillah
ok lah jumpa lagi,In shaa Allah

Sunday, April 24, 2016

'JAGA ISTERI?"

Assalamualaikum

Baru ni acik pi jemputan kenduri
kawan sama sama belajar dulu
masa disana jumpa la kawan kawan lama
lelaki dan perempuan
seronok berjumpa semula
ada la sorang kawan yang datang tu
dia cerita ngan kawan2 semua
"aku dulu kalau tau
 dia ni asal dari R tu 
aku dah ngorat dia dah katanya
merujuk ke acik la tu
suami acik pun ada masa tu.
tapi dia tak cakap apa2 pun
tapi bila kawan tu tanya suami acik
dah pencen ni  buat apa
suami acik boleh jawab
"JAGA ISTERI"
ha ha..jangan ingat dia tak kisah 
dengan apa yang didengar 
gelak sampai balik acik .
aduhai..dah tua dah bang oii
oklah jumpa lagi In Shaa Allah

Saturday, April 23, 2016

JOM NYAMAN KAN TEKAK

Assalamualaikum
cuaca sekarang ni
makan ini je yang sedapkan

Friday, April 22, 2016

"NAK MAKAN BUAT SENDIRI"

Assalamualaikum
bukan saja nak tunjuk gambar makan je
cuma nak cerita..
kena la ada gambar kan
masa hero bongsu acik cuti seminggu tu
dia cerita beli cheesekut
kecik je
 bekas nya mak
lapan ringit katanya
acik pun beli bahan2
buat sendiri acik kata
gambar tu la bukti dan hasilnya
rupanya tu abai kan je la
kan he he
gambar atas..
dia letak nestum dengan creamcheese
yang kedua tu 
letak milo dengan whipping ceram
yang dah tinggal separuh ni
creamcheese campur dengan whipping cream
dan letak jem strawberry
suka bebeno rupanya budak ni makan
patut 8 ringgit bekas kecik pun sanggup beli.
puas hati acik tengok dia makan
buat sendiri makan sendiri.
acik boleh suruh dia buat sendiri
sebab tak de guna oven kan
susun susun simpan peti.
ok lah jumpa lagi,In shaa Allah

Wednesday, April 20, 2016

RABU TANPA KATA

Tapi acik nak cerita juga
kek carrot dah tinggal sepotong

acik tak pandai sangat nak buat topping tu
janji sedap dimakan kan
esok nak buat lagi
sesiapa yang dok dekat tu
boleh la..datang minum petang.
ok la jumpa lagi
in shaa Allah



Monday, April 18, 2016

LEBAI TAK MALANG...

Assalamualaikum
Suatu hari dulu pasangan pencen ni 
konon nak makan diluar
letih kononnya tak mau masak.
belum jumpa kedai..
hujan turun....lebat,lansung tak jadi
pusing semula balik rumah.
ni la jadi hidangan nya..masak nasi.
goreng ikan masin..goreng telur
goreng ikan bilis
panaskan kuah kuning semalam nya lauk
Alhamdulillah.kenyang
mak makan ringkas
sekali hero bongsu tunjuk gambar masak rendang ayam
di rumah sewa dia.

sekejap je licin katanya.
tapi sejak masuk sem baru ni belum sekali pun
dia orang masak.
sibuk agaknya masing2.
masak nasi je beli lauk katanya.
ok lah..lama2 nanti habis lah gambar 
dalam draf acik ni kan he he
jumpa lagi in shaa Allah.

Friday, April 15, 2016

BERSUA KEMBALI..APA KHABAR DISANA

Assalamualaikum

Apa khabar semua..masih ada yang ingatkan acik,
lama betul tak munculkan..
dah setahun 2015..
sekarang dah 2016.
rasanya lepas ni dapat la sesekali menulis
boleh pinjam simerah ni.

nak tulis setiap hari mungkin tak sempat
acik ingatkan dah pencen
banyak masa lapang
tapi dah setahun pencen..makin sibuk pulak.
menyibukan diri pun ye jugak
dah pencen kan..dah tak de gaji
anak 2 orang belajar lagi
jadi sesekali tu
ambik lah tempahan buat roti,
buat kuih. 
ni kuih apam kampung..apam guna gula merah
ramai juga peminat kuih apam kampung acik ni..
kalau ada kawan yang nak acik buat la
buat sikit je,ikut kemampuan..ikut tenaga orang tua
lebih pada mengisi masa
jangan tak buat apa2 kan
kalau pagi Rabu,Khamis dan Jumaat
acik ikut program disurau.
rasa nak tulis sikit je tadi
terpanjang pulak,
ok la nak buatkan roti untuk hero bongsu acik
esok nak hantar dia balik Batu Pahat.
ada sebab acik dok belakang hero bongsu tu
nak nampak kecik ha ha
ok lah jumpa lagi In Syaa Allah